Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan sampai dunia lihat militia serang rakyat


KUALA LUMPUR: Negara ini akan mendapat imej yang buruk di kaca mata dunia apabila pemimpin negara dilihat membenarkan wujudnya kumpulan militia menyerang rakyat sendiri seperti yang dilihat pernah berlaku di Libya dan kini di Syria.

Justeru, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengutuk kejadian biadap oleh sekumpulan orang yang dibiar mengganasi pelajar yang berkhemah  di Dataran Merdeka dua malam yang lalu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian yang berlaku secara terang-terangan di hadapan pihak polis menyebabkan negara ini tidak boleh dianggap negara yang selamat.

Katanya, sudah pasti insiden tersebut kini dapat dilihat sendiri oleh pelancong dari luar dan dengan itu gambaran negara ini sebagai negara yang aman adalah indah khabar dari rupa.


Beliau menambah, Teras percaya pelajar yang kini lebih berani menyatakan sikap dan bertindak berkhemah di Dataran Merdeka secara aman seharusnya dilihat sebagai kesungguhan dan keazaman mereka memperjuangkan isu yang dekat dengan masa depan mereka dan generasi akan datang.


“Tuntutan mereka adalah jelas. Mereka percaya pendidikan percuma boleh dilaksanakan di negara ini dengan uruskelola kewangan negara yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, Teras kesal dengan respons Menteri Pendidikan Tinggi berhubung insiden tersebut.

Katanya, sikap bebal dan sangat tidak matang menunjukkan menteri berkenaan tidak layak memegang mandat sebagai menteri apabila berhadapan dengan tuntutan pelajar.

“Dengan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pelajar yang diserang oleh sekumpulan gangster di hadapan orang ramai dan disaksi oleh pihak polis sendiri adalah suatu kenyataan yang  menunjukkan mentaliti yang sama dengan penyerang itu sendiri,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menuntut pihak polis menyiasat dan bertindak ke atas kumpulan  ganas yang menyerang  pelajar yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah munasabah jika pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar dan mendengar dengan jujur bahawa suatu alternatif boleh dicapai dalam isu pembiayaan pendidikan tinggi di negara ini.

Sehubungan itu, kata Mohd Azmi pihaknya mendesak agar pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar untuk mendengar tuntutan mereka mengenai isu pendidikan tinggi percuma.

0 Komen pengunjong :