Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AG perlu dedah kandungan CCTV kepada umum

KUALA LUMPUR, 8 April — Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan.
Menurut Gobind, Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa.
“Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan  supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini.
“Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu.
Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu.
Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku.
Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan.
PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN).
Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas.

0 Komen pengunjong :