Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wikileaks: Pejabat Anwar nafi paksa keluarkan RPK

azlan

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raj Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu.

Ketua staf di pejabat itu Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai "penumpang" hanya diberitahu kemudian.

"Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim.

"Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilapor menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan Raja Petra dalam program di England itu.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu dilapor berjalan dengan mempertemukan Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Najib kelmarin dilapor berkata, keputusan Anwar itu tidak konsisten dengan amalan demokrasi dan sifat terbuka yang dilaungkan apabila tidak seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta "mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka".

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, beliau kesal dengan "tohmahan" itu kerana ia tidak berdasarkan fakta sebenar kerana tidak timbul soal debat kerana persetujuan hanyalah wawancara Anwar dengan Assange secara satu sama satu.

Ibrahim sebaliknya berkata, Najib sebaliknya yang patut berdebat dengan Anwar berkaitan isu nasional kerana ia pasti memberi manfaat banyak kepada rakyat dan negara Malaysia.

0 Komen pengunjong :