Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tarik pinjaman pelajar: MB Terengganu amal politik dendam


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Umno BN Terengganu menarik pinjaman enam mahasiswa negeri itu di Mesir kerana menyertai himpunan aman Bersih membuktikan beliau mengamalkan politik dendam dan tidak selari dengan suara anak muda.
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Muhamad Affandi Abdul Malik berkata, tindakan itu juga membuktikan kerajaan Umno BN tidak peka dengan suara anak muda negara ini yang mahu bebas melahirkan pendapat mereka.
“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyifatkan tindakan Menteri Besar Terengganu ini menggambarkan amalan politik balas dendam dan bertentangan dengan kehendak golongan muda di negara ini.
“Ia juga dilihat sebagai tindakan kebudak-budakan dari seorang ketua kerajaan negeri,” kata Affandi dalam kenyataan medianya.
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan penarikan balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.
Menurut Ahmad Said, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.
Mengulas lanjut tindakan itu, Affandi menggesa mahasiswa agar bersatu membela nasib enam rakan mereka itu dan menolak kerajaan yang menindas golongan muda yang berbeza pendapat dengan mereka.
“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru  mahasiswa bersama-sama bersolidariti mempertahankan hak mahasiswa mereka yang dianiya kerajaan negeri Terengganu dan bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar kerajaan yang gemar membuli rakyat terutama golongan muda di negara ini,” katanya.

0 Komen pengunjong :