Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Scorpene: Najib perlu ke mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 20 Mac: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ke Mahkamah Perancis berkenaan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
“Sebagai Menteri Pertahanan ketika pembelian dilakukan, kemungkinan besar nama beliau akan disebut, dan beliau harus akur sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.
“Seperti di Malaysia, mengingkari arahan mahkamah akan dianggap menghina mahkamah, dan ia adalah satu kesalahan jenayah dan waran tangkap boleh dikeluarkan,” kata Sivarasa yang merupakan seorang peguam.
Sivarasa turut berkata, sebagai pegawai tertinggi negara, Najib harus menghormati undang-undang Perancis dan menjaga imej Malaysia.
Menurutnya lagi, apabila inkuiri terbuka bermula, maklumat-maklumat terperinci dan cuba disembunyikan sebelum ini, seperti individu yang terlibat, akan didedahkan kepada rakyat.
“Begitu juga dengan pembunuhan Altantuya. Walaupun kes bunuh itu tiada kaitan secara langsung, namun penglibatan beliau dalam proses transaksi menjadikannya sangat relevan untuk dibangkitkan,” jelas beliau.
Mengulas isu sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada dibuat berkenaan kes ini sebelum ini.
Namun katanya, kerajaan tidak memiliki iltizam politik untuk membongkar kes ini sehingga ke akar umbinya.
“Apatah lagi dengan keadaan SPRM yang berada di bawah telunjuk pemerintah. Kita tahu SPRM tidak boleh mendakwa sekiranya tidak mendapat kelulusan Peguam Negara.
“Walhal, ini adalah kes serius, sehinggakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu membangkitkan perkara ini di Parlimen dahulu”, kata Shamsul lagi.
Pembelian kapal selam Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dan terlibat dalam pembunuhan model Altantuya Sharibuu, menerima komisyen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.
Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.
Susulan itu, NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu..
Baru-baru ini, Mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka berkenaan kes ini, untuk menyiasat pegawai-pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

0 Komen pengunjong :