Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PR tidak gusar populariti tinggi Najib


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) tidak gusar dengan peningkatan semula populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hasil kajiannya diumumkan Merdeka Center kelmarin.
Beberapa pemimpin PR berkata paras populariti yang tinggi iaitu 69 peratus pada sekarang, tidak semestinya menggambarkan kedudukan sokongan yang sebenar pengundi ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pemimpin-pemimpin PR tidak menafikan populariti individu Najib, tetapi ia bukan gambaran sebenar tentang tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya.
"Pakatan Rakyat tidak cemas dengan penemuan kajian (Merdeka Center) ini," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kata beliau, BN tidak boleh menang ataupun mengharapkan kemenangan besar hanya dengan meletakkan kebergantungan pada populariti Najib yang agak tinggi pada masa sekarang semata-mata.
Dengan merujuk kepada persekitaran populariti Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Saifuddin berkata, kepopularan kepimpinan bekas perdana menteri ketika itu tidak diterjemahkan dalam bentuk undi.
Dalam PRU pertama pada 2004, selaku Perdana Menteri, Abdullah membawa kepada kemenangan bersejarah lebih 90 peratus kerusi Parlimen. BN berhadapan dengan senario berbeza empat tahun kemudian.
Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Najib pada April 2009. PRU13 adalah yang pertama bagi Najib atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
"Saya ambil pengalaman saya tahun 2008, ketika Abdullah Ahmad menjadi Perdana Menteri, kajian yang sama yang dilakukan oleh Merdeka Center.
"Ketika itu populariti Abdullah sekitar 70 hingga 72 peratus, paras yang agak tinggi, tetapi apa yang berlaku ialah Umno dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang (kerajaan) di lima negeri," kata beliau.
Oleh itu kata Ahli Parlimen Machang ini, beliau tidak melihat tahap populariti Najib yang hampir sama tinggi dengan Abdullah akan menjejaskan usaha dan strategi PR menghadapi PRU13.
Saifuddin juga berkata, berdasarkan apa yang diperkatakan oleh bekas Ketua Wanita Umno dan bekas anggota Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz bulan lalu, PRU13 tidak boleh dimenangi hanya berdasarkan populariti Najib.
"Tan Sri Rafidah seorang pemimpin berpengalaman, sudah lama dalam politik. Itu komen Rafidah, beliau mampun membuat penilaian (kedudukan BN dan Najib). Jadi, kami di PR tidak gusar, tidak risau dengan kedudukan ini. Kami bersiap sedia untuk menghadapi PRU13, sudah bersedia untuk menghadapi PRU13," katanya lagi.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang turut melahirkan pandangan yang seiring dengan Saifuddin berkata, walaupun populariti Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, mengalami peningkatan kebelakangan ini, tetapi "tahap kepercayaan kepada kerajaan BN tidak meningkat."
"Saya melihat rakyat Malaysia cukup objektif dalam membuat penilaian mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.
"Prestasi individu (Perdana Menteri) tidak sama dengan populariti kerajaan.
"Rakyat adalah bijak dalam membuat penilaian, tidak semua rakyat boleh dibeli dengan tindakan populis (yang sedang dibawa Najib)," kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata beliau, PR tidak perlu risau dan gusar dengan hasil kajian terbaru yang diumumkan oleh Merdeka Center.
"Kita tidak perlu risau. Najib popular dalam kajian Merdeka Center, tetapi bukan  dari segi pandangan rakyat. Misalnya, keputusan kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam menunjukkan wujud unsur kecuaian dalam pentadbiran kerajaan BN, beliau tidak dapat mengurus dengan baik," kata beliau yang turut percaya bahawa PR dapat mengimbangi populariti Najib dengan dasar-dasar yang ditawarkan menerusi Buku Jingga.

0 Komen pengunjong :