Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib persiapkan diri untuk PRU-13


Perdana Menteri sudah bersedia, tetapi mahkamah belum lagi. Kes-kes memalukan dijadualkan hanya bermula selepas Jun, iaitu selepas pilihan raya umum ke-13 diramal diadakan. Apa persamaan kontroversi berkenaan?
  • Diumumkan pada hujung minggu lalu bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, terpaksa melepaskan jawatannya berikutan apa yang kini dikenali sebagai ‘skandal lembu’ dan akan berundur pada 8 April apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir.
  • Pada 13 Mac, hari suami, Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna wang pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin cuba membawa usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan kemelut itu tetapi dimaklumkan oleh speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa perkara itu kini di mahkamah dan adalah sub judice - jika dibincangkan. Ini bermakna pembangkan kehilangan modal berkempenyang mantap.
  • Pada hujung minggu yang sama, Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan pengerusinya Datuk Zarinah Anwar, akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini berikutan konflik kepentingan peribadi memababitkan suaminya dalam urusan niaga saham.
  • Hujah bagi rayuan dua anggota polis yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang sepatutnya didengar pada 10 Februari tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 9 Mac, kini sekali lagi ditangguhkan sehingga 27 dan 28 Ogos.
  • Pada 9 Januari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi pada 25 Januari pihak pendakwaan mengumumkan bahawa mereka akan membuat rayuan. Perbicaraan rayuan keputusan tidak-bersalah itu dijangka berlarutan dan mengambil masa yang lama.
  • Terdapat pelbagai kontroversi lain, termasuk perbicaraan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di mana kerajaan kerugian sebanyak RM12.45 bilion. Kes pendakwaan terhadap Ling selesai beberapa bulan lalu tetapi hanya baru-baru ini diumumkan bahawa beliau mesti membela diri. Tidak pasti bila beliau  akan dipanggil untuk berbuat demikian.
Apakah kes-kes berkenaan mempunyai persamaan seumpama ini ditunda ke hadapan, soal beberapa pemerhati di Kuala Lumpur.

"Mereka akan cuba menolak segala-gala kes selepas bulan Jun atau Julai yang menjadikan kita semakin yakin pilihan raya umum akan diadakan bulan Jun," kata seorang ahli perniagaan.

0 Komen pengunjong :