Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenapa Najib kekal pemimpin 'recycle'?


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Datuk Seri Najib Tun Razak harus membuat keputusan tegas terhadap kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku senator kerana menteri itu sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan hari ini.

Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Najib Tun Razak tidak perlu teragak-agak untuk tidak menyambung perkhidmatan selaku senator yang dipegang oleh Shahrizat sejak 9 April 2009.

Malah katanya, jika benar Najib mahu merealisasikan dasar membasmi rasuah dan ketirisan di samping mengetengahkan kepimpinan berintegriti, inilah peluang yang terbaik untuk Najib.

"Perdana Menteri harus mengambil peluang terhadap sikap terbuka yang ditunjukkan Shahrizat demi masa depan negara apatah lagi realiti yang ditunjukkan rakyat pada hari ini," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun, katanya jika Shahrizat masih dikekalkan selepas ini, rakyat akan melihat kerajaan seolah-olah sudah ketandusan pemimpin.

"Sudah tidak ada pemimpin lain yang berwibawa, walaupun terlibat dengan skandal rasuah masih mendapat tempat. Pemimpin 'recycle'," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Siti Zailah menyanjungi keterbukaan Shahrizat yang menyedari realiti hari ini walaupun pada awalnya beliau enggan meletakkan jawatan ekoran keterlibatannya dalam dakwaan penyelewengan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Ramai pihak mengkritik Shahrizat ekoran skandal itu termasuklah kritikan ahli-ahli biasa parlimen dalam partinya sendiri.

Terdahulu, Shahrizat menyerahkan kedudukan beliau sebagai Senator kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

Tempoh perkhidmatannya selaku senator akan berakhir bulan depan. Masa depan ketua Wanita Umno ini bergantung kepada keputusan Najib.

NFC menjadi berita hangat apabila termasuk dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010, dan terus menjadi topik kontroversi apabila ianya dikaitkan dengan Shahrizat dan keluarganya.

1 comment :

  1. Dia sudah sasau,untuk meletakkan mana satu winnable candidate.Cari penyakit, meminta mandat supaya PM menentukan calon. Mat sembab, terus menyokong,inilah cara dia untuk menjatuhkan Najib.Apa nak kata, keris makan tuan.Tak payah letakan calon 'recycle' Bolih pilin berahim katak,asan beras jati, zul Bisul,zaharin meroyang,ezam 3 peti document rahsia, dan lain2 katak yang sanggup tawar diri.

    ReplyDelete