Para pemimpin PKR mengecam tindakan pihak Peguam Negara yang enggan memfailkan ryauan terhadap keputusan membebaskan Razak Baginda, teman rapat Perdana Menteri Najib Razak, dari tuduhan bersubahat dalam kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaaribuu.
“ Sangat menghairankan bagaimana Gani Patail (peguam Negara ) enggan memfailkan rayuan terhadap keputusan penuh kontroversi. Selain dari 2 anggota polis yangdihukum gantung smapai mati, ada motif yang kuat dari Baginda untuk membunuh Altantuya.Samada Baginda benar2 besubahat atau tidak akan lebih berkesan sekiranya perbicaraan memanggilnya membela diri.Kenapa ini tak berlaku? Adakah ia untuk melindungi segelintir ahli politik UMNO?”kata Naib President PKT Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
“Tetapi kita lihat dalam banyak kes yang jelas, dengan bukti-bukti kabur seperti kes penunjuk perasaan Bersih dan kes liwat Anwar Ibrahim, Gani segera merayu. Adakah ini untuk kepentingan UMNO supaya tertuduh2 dlm kes tersebut disabitkan kesalahan? Ini ada lah sesuatu yg melucukan dan sistem keadilan di Malaysia jadi bahan ketawa. Semakin mereka bersekongkol, semakin jelas kesangsian rakyat dan komuniti antarabangsa bahawa Najib memainkan peranan utama dalam permbunuhan Altantuya.
Slanted trial with clear intention to shield 'someone'
Hakim Mohd Zaki Md Yassin , beberapa hari lepas mengeluarkan penghakiman bertulis nya dimana keputusan nya pada tahun 2008 untuk tidak memangil Baginda membela diri. Keputusan tersebut mencetuskan banyak kritikan bahawa badan kehakiman yang patuh kepada kehendak ahli politik. Najib ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang dijangka mengambil alih kuasa dari Abdullah Badawi, pada 3 April 2009 walaupun terdapat tandatanya berkenaan penglibatan beliau dalam pembunuhan tersebut.
Dari hari pertama lagi, perbicaraan terhadap 2 bekas pengawal peribadi Najib dan Baginda yang dituduh membunuh Altantuya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan dalam hutan di Selangor pada tahun 2006, jelas telah di pesongkan.Pesanan kabel ringkas ke US dari KL ke Washington didedahkan dalam WikiLeaks menunjukkan pihak pemerhati lUS yang mengikuti perbicaraan tersebut terkejut dengan kualiti keadilan yang terdapat dalam perbicaraan tersebut.
Sebahagian kenyataan polis dimana salah seorang dari tertuduh menyatakan yang beliau dibayar untuk membunuh Altantuya telah diabaikan terus.Pihak peguambela dihalang dari menyoal soalan berkenaan motif pembunuhan, yang jelas sekali apabila kedua tertudah,anggota skuad khas polis dan hanya bertemu Altantuya pada malam pembunuhan tersebut. Dalam erti kata lain, mereka tiada motif mereka tersendiri untuk membunuh Altantuya.
Tiada usaha dibuat di pihak pendakwaan unntuk menyoal siapa yang menawarkan bayaran kepada tertuduh untuk membunuh Altantuya dan soalan-soalan yang menjurus ke arah itu telah di bantah oleh hakim. Kedua tertudah memberitahu mereka di perkenalkan kepada Baginda oleh pembantu Najib, Musa Safri,yang mmeberitahu mereka Baginda menghadapi maslaah gangguan dari Altantuya. Bagaimanapun tiada apa yang dibuat oleh pihak pendakwaan untuk memanggil Musa sebagai saksi, walaupun beliau dikira sebagai saksi utama. Adakah kerana beliau rapat dengan Najib, para pemerhati tertanya-tanya.
Perhatian juga perlu diberikan kepada rekod pihak berkuasa imigresen Malaysia yang mengejutkan bila diketahui tiada rekod kemasukan altantuya ke negara ini,sekali lagi menimbulkan keraguan bahawa terdapat seseorang yang berkedudukan tinggi terlibat dan ada sesuatu/seseorang yang cuba dilindungi.
Bekas kekasih,ugutan,rasuah,melindungi Najib- bukan kan ini semua motif?
Surat dari Altantuya jelas menunjukkan ada ugutan terhadap Baginda. Penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang digaji Baginda untuk menjauhkan Altantuya darinya dan keluarga berkata Altantuya datang ke Malaysia untuk mengambil bahagian nya berjumlah RM500,000 dari jumlah rasuh yang dibayar oleh syarikat DCN kepada Najib untuk urusan jula beli 2 kapalselam Scorpene dalam tahun 2002. Altantuya terlibat dalam perundinagn yang dibuat oleh Baginda, bekas pensyarah kementerian pertahanan.
Baginda mengaku Altantuya ialah kekasihnya dan telah mengugut beliau- dua faktor utama yang membentuk motif kukuh untuk ketiga mereka untuk membunuh nya.Selepas dilepaskan dari tuduhan,Baginda berlepas ke London. Dua anggotapolis Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada April 2009 tetapi masih menunggu keputtusan rayun yang dilewat-lewatkan.
Mungkin”saguhati” dari keputusan bertulis ini ,yang hangat didebatkan dan dicabar oleh pengamal undang2 ialah proses rayuan tersebut akan lebih cepat.Bagaimanapun,walau apa yang terjadi, penghakiman bertulis untuk kedua Azilah dan Sirul masih perlu dikeluarkan.Tarikh 9 Mac ditetapkan untuk pengurusan kes bagi mmebolehkan peguam Azilah,Kuldeep Kumar, mendapatkan rekod penuh.
Adakah Najib keluarkan sebarang perintah?
Dalam penghakiman bertulis nya,Hakim Mohd Zaki berpendapat tiada kes ’prima facie’ untuk menjawab tuduhan bersubahat dengan kedua pegawai Unit Tindakan Khas tersebut.Hakim berkata nota yang ditulis oleh Baginda dan beg kepunyaan Azilah yang ada alamat penuh kediaman Baginda, serta nama bapa nya,Abdullah Malim Baginda, ialah yang sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak bersalah meminta bantuan polis untuk meronda kawasan kediaman nya memandangkan terdapat gangguna dari Altantuya.
Pemerhati bagaimana pun tertanya, kenapa hakim yang arif tidak bertanya, kenapa anggota skuad elit khas yang ditugaskan untuk tugas rutin ini bila kebiasaan nya anggota biasa saja ditugaskan.Kenapa hakim tidak meminta keterangan lanjut dari Musa Safri, dan samada Najib ada mengarahkan pembantu nya menolong Baginda, dan kenapa?
Dalam penghakiman setebal 70 mukasurat,Mohd Zaki juga berkata walaupun Baginda menunjukkan sebagai mempunyai apa apa motif setelah surat ugutan Altantuya, ianya masih tidak mencukupi sebagai asas untuk sabitan nya.
"I am satisfied that there is no prima facie for him to answer his charge. I, accordingly, find the third accused not guilty and order him to be acquitted and discharged," he said in his judgment made available to the media.
“ Saya berpuashati tiada kes prima facie untuk tertuduh menjawab tuduhan, Saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkan beliau dilepaskan dari tuduhan dan dibebaskan.” kata hakim dalam penghakiman yang diberi kepada media.
Malaysia Chronicle
0 Komen pengunjong :