Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin: Tuduh PKR guna khidmat agensi Yahudi bohong


KUALA LUMPUR:  Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan tuduhan yang dilemparkan Umno Selangor dengan mendakwa parti itu menggunakan khidmat agensi Yahudi untuk merancang kempen dan jentera Pilihan Raya (PRU12) lalu, adalah tidak berasas sama sekali.
Azmin, ahli Parlimen Gombak berkata jika tuduhan itu benar, beliau mahu Umno mengemukakan bukti lanjut.
“Jika benar mengapa tiada tindakan sehingga hari ini…kemukakan bukti. Sebab itu dalam perbahasan saya, saya minta Umno hentikan budaya fitnah, samseng dan tumpukan kepada soal rakyat, dasar dan program untuk mengangkat martabat rakyat,” katanya yang ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
Umno Selangor baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera dalam  PRU12.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
Mohd Zin dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.
Budaya fitnah
Azmin berkata, Umno kini tidak mampu mendepani isu rakyat sehingga membudayakan fitnah dan samseng tanpa sebarang asas untuk dilemparkan kepada pihak pembangkang.
Sementara itu, ketika diminta mengulas pengunduran Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat beliau berkata ia hanya sandiwara untuk memperbodohkan rakyat.
Ini ujar beliau, perletakan jawatan itu dibuat memandangkan ia tempoh akhir jawatannya pada 8 April depan.
“Ini hanyalah sandiwara dan usaha bodohkan rakyat. Namun rakyat hari ini matang dan tidak boleh diperbodohkan oleh Umno.
“Jika beliau bertanggungjawab, maka perlu letak jawatan lebih awal supaya proses perundangan dapat berjalan dengan telus tanpa sebarang campurtangan eksekutif,” katanya.

0 Komen pengunjong :