Rayuan 'nambikei' Najib menjerat diri

Rayuan 'nambikei' Najib menjerat diri: Tiada undi dari kaum India

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak akan berhasil dengan rayuannya sempena hari Thaipusam yang menggesa masyarakat India terus meletakkan kepercayaan mereka (nambikei) kepada Umno.Mungkin itu stu satu perkataan bahasa tamil yang diketahui beliau.
Mesej tersebut, menghina tahap intelek masyarakat tersbeut, didapati dalam blog beliau http://www.1malaysia.my.blogsite.
Adalah sangat memalukan dan menghina dan mencemarkan hari mulia masyarakat Hindu,sembahyang dan puasa dan meditasi dengan politik murahan. Guru hindu najib, atau penasihat belia dalam hal ehwal masyarakat Hindu harus dipecat serta merta atau jika bukan salah individu tersebut tetapi MIC, maka individu tersebut patut meninggalkan Najib dalam protes..
Nambikei ialah perkataan yang disalahguna dalam menyeru masyarakat yang berikrar dengan makhal sakthi sejak kebangkitan Hindraf di jalanan sekitar Kuala Lumpur 25 November 2007, dan ralli Rose di Putrajaya pada pertengahan Februari tahun berikutnya dan tsunami politik pada Mac 2008 yang memberi kuasa kepada pembangkang Pakatan Rakyat di lima negeri dan di Kuala Lumpur.

Semi-slaves
Selepas 50 tahun menjadi semi hamba di bawah Umno, masyarakat bawahan ialah yang paling menderita. Parti pemerintah Najib jelas kelihatan hilang kepercayaan di kalangan masyarakat india. Lebih buruk lagi, najib sacara berterusan membuat janji-janji palsu dan kosong kepada masyarakat tersebut.
Pada masa yang sama, beliau terus mengekalkan dongeng bahawa masyarakat India masa kini berramai-ramai kembali kepada MIC, orang suruhan Umno, dan Barisan Nasional sedang menuju kehancuran setelah sekian lama menipu rakyat utnuk lebih setengah abad.
Rayuan kerajaan, kekal sebagai rayun, peruntukan kekal sebagai hanya peruntukan di atas kertas. Perkhidmatan awam, yang dikuasai oleh satu komuniti fanatik dan bersifat perkauman, tidak mungkin akan memberi sebarang dana kepada masyarakat India atau menunaikan janji janji Najib setakat ini

Satu undi masyarakat India pun tidak patut diberi kepada Najib
Najib boleh membuat rayuan demi rayuan selama mana yang beliau mahu, atau menindas lagi masyarakat berkenaan nambikeri, masyarakat India tidak akan berganjak walau seinci.
Beliau tidak akan berjaya memenangi 1 pun undi masyarakat India pada pilihanraya umum ke 13 yang dijangka berlangusng pada bulan Mei tahun ini atau tahun hadapan; jika beliau tidak mengambil ikhtibar dari bapanya dari kejadian tahun 1969 dan mengisytiharkann darurat.Walaupun 1 undi dari masyarakat India, 1 itu terlalau banyak, dan merugikan kerana menandakan masih wujudnya keadaan semi-perhambaan
Majoriti undi masyarakat India , klai ini akan lebih terarah kepada Pakatan Rakyat, dan tanda-tanda telah kelihatan ke arah kemajuan ini.
Walabagaimanapun, NGO India,Hidndraf Makkal Sakhti dan HRP nampaknya hanya berdiam diri tentang mesej hari thaipusam Najib
Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy patut sekurang-kurang nya berkata sesuatu berkenaan rayun nambikei Najib setelah beliau sedar dari kejutan.Yayasan Hak Asasi Manusia yang diketuai nya yang berpusat di UK juga sepatutnya bersama sama menangani isu ini.
NGO masyarakat India yang lian mingkin juga mahu memberikan pendapat mereka berkenaan isu ini atau masyarakat akan fikir yang Najib telah bercakap benar.Tapi kita tak mahu dengar apa apa pendapat dari MIC.

Indians are not imbeciles
Masyarakat India mengharapkan kerajaan Umno untuk perunahan sebenar dan bukan mengumpan mereka sebagai manusia tidak cerdik yang boleh dibeli dengan memberikan wang yang tidak wujud kepada mereka.
Membuat berbagai gimik dan kosmetik dengan menggunakan berbagai gaya bahasa yang terkini tidak akan berhasil memandangkan perpaduan MIC sendiri sudah semakin retak.
Masyarakat India bukan hanya berharap pada bantuan kerajaan, samada dalam bentuk kewangan atau sebaliknya, dengan menggadaikan hak dan maruah bangsa.
Masyarakat India punya harga diri dan mampu berdikari dan berusaha menangani maslah mereka sendir.
Walau bagaimana pun,ini bukan tugas mudah untuk masyarakat India memandangkan UMNO, sejak dari awal-awal setelah tamatnya penjajahan British pada 1957, terus dinafikan hak mereka di bumi Malaysia.

Tanpa rupa dan suara
Walau pun mereka mempunyai jumlah pengundi yang hampir mencapai 1 juta, masyarakat India tidak mempunyai kerusi etnik majoriti di dewan undangan negeri mahupun Parlimen..Hal ini berbeza dengan 800,000 pengundi di Sabah,contohnya yang mempunyai 6 kerusi negeri dan 26 kerusi di Parlimen termasuk Labuan.
Kaum India kekal tiada rupa dan suara dalam arena politik Malaysia.
Sebagai contoh, masyarakat tersebut terus di bebankan dengan 450,000 orang yang tidak diketahui asal nya , yang diambil kesempatan sebagai sumber sedia ada untuk buruh murahan dan ditambah dengan kehadiran pendatang tanpa izin dan buruh asing yang menjejaskan semua terutama masyarakat India
Sebab utama kaum India dirayu oleh Najib ialah kerana mereka membentuk blok yang menentukan 67 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia/
Kaum India boleh membuat pilihan ini atau kumpulan parti tersebut tiada jaminan yang mereka akan mendapat faedah dalam proses tersebut.

Diskriminasi
Tanpa kuasa politik kaum India akan terus di diskriminasi dikalangan semua kaum di Malaysia walaupun dengan sedikit hak mereka yang telah di ambil dari mereka.
Satu contoh ialah penarikan semula pengiktirafan kerajaan terhadap universiti2 asing dimana pelajar Malaysia keturunan India mendominasi. Paling jelas, pelajar perubatan yang terlibat. Mereka dinafikan tempat di universiti tempatan milik kerajaan dibawah sisitem kouta , yang berteraskan perkauman, dan bukan merit sebagaimana sepatutnya.
Satu lagi contoh ialah kuil Hindu di musnahkan walaupun kerajaan Najib mengumumkan peruntukan sedikit di atas kertas. Perkhidmatan awan menyekat perutukann tersebut kerana takut akan ke neraka.
Hal yang sama berlaku kepada sekolah2 tamil yang terletak di atas tanah2 persendirian atau kerajaan dan tidak layak menerima geran Kementerian Pelajaran. Sekolah2 tersebut tidak lebih dari taraf kandang lembu walaupun bahasa Tamil ialah antara bahasa tertua dalam tamadun manusia.
Kementerian lebih berminat memastikan pelajar membaca buku yang melabelkan kaum India sebagai keturunan bawahan.Tiada yang lebih menjatuhkan maruah selain dari ini. Kementerian masih belum menyelesaikan isu ini.
Bagaimana kah kerajaan yang mendakwa berlandaskan nilai-nilai Islam boleh menghala kepada penindasan sedemikian? Rayuan nambikei Najib hanya terluah dari kerongkong nya dan akan menghancurkan pemerintahan nya, dengan sebab yang wajar sekali.

Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :