Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rasuah di Malaysia ‘tidak kelihatan’ dan canggih


JAKARTA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat rasuah di Malaysia begitu berleluasa namun ia ‘tidak kelihatan’.
“(Di Malaysia) tahap korupsi itu tinggi tapi tidak kelihatan, itu hebatnya kita,” kata Ketua Pembangkang itu semalam, seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam pidato kebudayaan dengan tema ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta Pusat.
Beliau membuat perbandingan tahap rasuah pentadbiran di Malaysia dengan Indonesia.
Anwar secara sinis berkata, rasuah di Malaysia berlangsung secara sembunyi-sembunyi kerana jika ia dibuat secara jelas, ia akan dianggap sebagai tidak ‘beradab’.
“(Di Indonesia) di atas meja di bawah meja…. jalan,” ujar Anwar yang menyebabkan hadirin tertawa.
“(Di Malaysia) hal itu akan dianggap sesuatu yang curang, tidak beradab, serta dianggap pengkhianatan.
“Tapi kalau disimpan masuk ke akaun di London atau di Switzeland itu ada kecanggihan caranya,” kata beliau.
Anwar bagaimanapun menegaskan pendiriannya yang mengutuk rasuah dan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak bermoral.
Melawan rasuah juga, kata Anwar, menuntut komitmen yang tinggi daripada pemimpin-pemimpin negara.
“Maka kita ambil keputusan, kita menentukan bahawa pemimpin itu harus lebih tegas,” tambah Anwar.
Di tanah air, skandal penyelewengan NFC mencuri perhatian ramai apabila kerajaan Umno BN memberikan RM250 juta kepada NFC yang dimilki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Keluarga Shahrizat dilapor gagal membekalkan lembu untuk pasaran tempatan seperti dikehendaki tetapi mereka menggunakan wang itu untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu.
Di antaranya, keluarga Shahrizat melalui NFC didedahkan membeli dua kondominium mewah di Bangsar, sebuah kondominium mewah di Singapura, membiayai lawatan ke luar negara serta melangsaikan hutang kad kredit berjumlah lebih RM30,000 setiap bulan.

1 comment :

  1. ujian buat mereka yg berjuang...trskan perjuangan...layari http://nuyieon9shop.blogspot.com/

    ReplyDelete