Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mustafa : Malaysia Masih Guna Undang-Undang Lapok


SHAH ALAM : Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengubah undang-undang di Malaysia mengikut acuan barat terutamanya untuk mengembangkan konsep kebebasan seks adalah bersifat putar belit kenyataan semata-mata.
Sebaliknya kenyataan Anwar dalam satu wawancaranya bersama BBC Mumbai baru-baru ini menyentuh tentang undang-undang lapuk yang diamalkan di negara ini sememangnya benar.
Undang-undang lapuk yang masih diguna pakai hingga kesaat ini bertujuan demi kelangsungan survival politik kerajaan BN melalui undang-undang menghalang kebebasan hak rakyat.
Walaupun bergelar negara demokrasi, kerajaan BN masih menguatkuasakan undang-undang tertentu untuk mengekang kebebasan rakyat bersuara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
Pengarah Latihan PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata kenyataan Dr Mahathir tersebut melampau dan liar.

"Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persoalan undang-undang di Malaysia itu jauh dipesongkan daripada apa yang beliau maksudkan.
"Saya mencabar kerajaan Najib dan Mahathir untuk memberikan Anwar ruang di media arus perdana untuk menjelaskan apa yang beliau maksudkan dalam wawancara itu," ujar Mustaffa.
Mustaffa turut membangkitkan fenomena media milik Umno/BN yang sering memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum PKR itu.

"Untuk membalas segala serangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mempunyai saluran media baru sebagai wadah untuk menjelaskan beberapa salah faham mahupun salah tafsir yang berlaku," tambah Mustaffa lagi yang dihubungi melalui panggilan telefon.
Jelas beliau tindakan Dr Mahathir tersebut disebabkan kebimbangan bekas perdana menteri tersebut terhadap kebangkitan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar disaat menghadapi pilihanraya umum akan datang.                                                                                                                             

"Sudah cukup jelas dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat juga akan lebih tegas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam sebagai agama persekutuan serta mempertahankan institusi raja-raja juga hak keistimewaan Melayu.
"Kesemua ini merupakan komitmen Pakatan Rakyat jika diberi kesempatan mengambil alih Putrajaya," jelasnya lagi.
Mustaffa juga menjelaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara itu jelas menggambarkan komitmen berterusan kepada institusi perkahwinan dan agama seperti termaktub dalam perlembagaan.

"Cuma pendekatan dan cara menangani masalah yang wujud dalam masyarakat itu perlu ditangani dengan cara yang berhemah dan mendidik untuk membawa masyarakat yang mungkin tersasar daripada tabiat yang berteraskan nilai agama," kata Mustafa.

0 Komen pengunjong :