Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mengapa projek lembu tak diserah pada Felda?

felda farm products 130207

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang membisu berhubung skandal syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) digesa menjelaskan mengapa syarikat milik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih menguruskan projek mega ternakan lembu itu dan bukannya syarikat Felda yang turut membuat bidaan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Memetik jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu, Rafizi berkata Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Projek Fidlot Negara pada tahun 2006.

Jawatankuasa itu menerima bidaan daripada enam syarikat, termasuk dari Felda Farm Products Sdn Bhd, anak syarikat Felda Plantations Sdn Bhd, dan Agroscience Industries Sdn Bhd bagi mendapatkan projek mega itu.

Jawatankuasa itu kemudiannya memilih Agroscience Industries dan Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd untuk dipertimbangkan lanjut tetapi Lamberts kemudian menarik diri. Justeru, Agroscience Industries menjadi syarikat tunggal untuk melaksanakan projek itu.

Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta dan pada 31 Disember 2010 telah membuat keuntungan RM9.6 juta.

Manakala Agroscience Industries yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan tidak mempunyai pengalaman dalam perternakan  lembu.

"Tidak perlu seorang genius untuk memikirkan mana syarikat terbaik untuk diberikan projek itu," kata Rafizi.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri seperti apa yang dilakukannya sejak enam bulan yang lalu.

"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

"Jika beliau tidak memberi maklum balas, kami akan mendedahkan sesuatu," kata Rafizi, sambil mencabar Najib untuk menjadi ‘lelaki budiman’ (gentleman).

"Saya tidak mahu menggunakan perkataan pengecut. Tetapi setakat ini perkataan untuk menggambarkan Najib yang meninggalkan Shahrizat keseorangan menangkis isu ini, adalah bukan lelaki budiman."

0 Komen pengunjong :