Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bakar Al Quran satu penodaan terhadap Islam - DAP


KUALA LUMPUR : DAP melahirkan rasa kesalnya dengan kejadian yang cuai di Afghanistan di mana beberapa naskhah kitab suci Al-Quran telah dihantar ke tempat pembuangan sampah dan dibakar di sebuah Kem Askar Amerika.

Bagi DAP, tindakan ini merupakan tindakan penodaan dan penghinaan terhadap agama Islam yang tidak boleh diterima.

"DAP menyesal, tindakan kurang sensitif ini yang tidak sepatutnya berlaku," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah pun meminta maaf dengan segera dan berjanji untuk mengambil langkah untuk mengelakkan pengulangan kejadian ini dan juga untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

"Ini merupakan reaksi yang positif daripada pihak Amerika, dan kami berharap bahawa tindakan susulan akan diambil supaya insiden seperti ini tidak akan berulang," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Pada masa yang sama, DAP menolak keras penggunaan kekerasan, dan menyesal bahawa tindakan balas telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika.

"Kami menyeru agar semua pihak akan bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru sementara penyiasatan sedang dijalankan.

"Sebagai parti yang mendokong prinsip keamanan dan keadilan, DAP menekankan keperluan untuk kefahaman dan persaudaraan antara semua orang dalam dunia yang pelbagai budaya dan agama ini," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

0 Komen pengunjong :