Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azizah: Jangan politikkan kenyataan Anwar

Wan Azizah
 
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Umno dan penyokongnya tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Dr Wan Azizah menegaskan, ia tidak harus dijadikan bahan politik memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

Beliau berkata, hasil daripada pertemuan itu, Khaled menerima baik penjelasan Anwar dan menganggap ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

"Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini.

Khamis lalu, Anwar yang dilihat mempertahankan pandangannya yang disiarkan oleh WSJ, berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar.

Anwar mengeluarkan kenyataan ini menjawab pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu menarik balik kenyataan atau meminta maaf jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan bersama Nik Abdul Aziz, Dr Wan Azizah berkata, Anwar akan menjelaskan secara terperinci kenyataannya tentang Israel.

"Dalam pertemuan itu juga dijangka akan membicangkan cadangan Pas yang menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di WSJ... kata putus akan dibuat selepas perbincaangan itu kelak," katanya lagi.

Beliau menambah, pertemuan itu dijangka berlangsung di ibu pejabat PKR, malam esok.

0 Komen pengunjong :