Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tindakan MB ambil alih portfolio Islam bijak


KUALA LUMPUR, 23 Jan — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas.
Menurut Khalid, tindakan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim itu merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.
Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.
“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Tambah Khalid (gambar) lagi, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
“MB Khalid ambil alih supaya meringankan beban Dr Yunus kerana tugas terhadap portfolio agama berat, lagipun tempoh untuk Plihan Raya Umum ke-13 dah semakin hampir, antara tiga hingga empat bulan sahaja lagi,” tambahnya.
Jelasnya, Islam tetap relevan dalam semua portfolio, dan portfolio belia yang dipegang Dr Yunus itu juga merupakan portfolio yang penting.
“Portfolio yang dipegang Dr Yunus itu merupakan tugas beliau sebelum ini, melalui portfolio itu PAS akan dapat lebih mendekati belia di negeri ini.
“Saya bersetuju dengan tindakan yang dibuat menteri besar, kerana saya melihat tindakan itu akan mengurangkan konflik antara menteri besar dan Sultan,” tambahnya lagi.
Khalid turut membidas kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan tindakan menteri besar itu mempunyai motif politik pembangkang.
“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan.
“Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu.
Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat.

0 Komen pengunjong :