Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.
Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.
Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.
“Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat,” kata Nik Nazmi.
Chin telah memberitahu sidang media di Kuala Lumpur hari ini bahawa ada 50/50 peluang Pakatan boleh kehilangan Selangor dan Kedah manakala BN kehilangan Perak dan Negeri Sembilan berdasarkan data yang dipungut.
M Kulasegaran dari DAP juga tidak bersetuju dengan ada yang diperoleh oleh Chin. Bercakap dengan Malaysia Chronicle, Kula berkata bahawa ia sangat berbeza dengan scenario di Perak di mana rakyatnya sangat yakin terhadap Pakatan.
“Sekarang semua orang tahu bahawa dakwaan liwat Anwar adalah bermotifkan politik dan mahkamah juga telah bersetuju dengan hakikat ini,”kata beliau.
Sedia untuk berubah
Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menambah bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah di Perak dan juga di peringkat kerajaan persekutuan.
“Kehadiran yang ramai pada konvensyen di Alor Seta adalah petanda bahawa rakyat sedang melihat kepada kepimpinan pembangkang untuk memimpin di peringkat negeri dan persekutuan.”
“Rakyat sedar bahawa parti yang memerintah sejak sekian lama itu sudah tidak lagi diterima dan telah memandang ringan pengundi untuk sekian lama manakala kita dalam Pakatan bersedia untuk berkhidmat untuk mereka,” ujar Kula.
Sementara itu, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Pemuda PKR sangat pasti dengan peluang Pakatan justeru menidakkan penemuan Chin dari segi akademik.
“Ahli akademik boleh menstrukturkan survei dan bergantung kepada sampel survei itu dan membuat pelbagai anggapan. Tetapi, kita telah pun berada di padang dan kita tahu bahawa rakyat Perak sangat tidak berpuas hati dengan cara BN mengambil kuasa di Perak,” beritahu Khai Loon kepada Malaysia Chrnonicle.
“Di Selangor, saya telah turun padang dan orang-orang biasa adalah dalam keadaam lebih baik dari sebelum ini. Mereka tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan. Yang kurang bernasib baik mempunyai sumber yang lebih baik dan boleh dilihat bagaimana jelasnya ia berlaku.”
Negri Sembilan dan Kedah
Di Negeri Sembilan, Nik Nazmi berkata bahawa ada peluang yang baik Pakatan akan mengambil alih negeri itu.
“Reaksi rakyat terhadap kita adalah sangat positif dan tidak payah untuk kita mengambil beberapa lagi kerusi untuk membentuk kerajaan seterusnya,” kata beliau.
Di Kedah, Nik Nazmi yakin Pakatan akan mengekalkan kuasa kerana Menteri Besar dan Pakatan sangat popular.
“Tidak wujud keadaan 50/50 kerana kerana sokongan yang sangat padu di Kedah dan ia jelas di konvensyen Alor Setar.
Tiada siapa yang mahu kalah
Walaupun penganalisis politik mempunyai peranan penting dalam membantu ahli politik membentuk polisi, jelas bahawa banyak di antara kajian mereka tidak mengambil kira faktor ‘wow’ setiap individu yang tidak dapat di kira dan rasionalkan oleh teori.
Ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara scenario yang tidak dapat dijelaskan. Ia adalah andaian Chin dan pihak lain yang berkait dengan Umno. Ini sama dengan situasi semasa “tsunami politik 2008” di mana tiada seorangpun melihat peluang Anwar dan pembangkang. Sungguhpun begitu, mereka mendapat separuh daripada undi popular dan 5 daripada 13 negeri.
Mereka akan berhadapan dengan Najib Razak pada PRU 13 dan Najib ini jelas seorang pemimpin yang sering menipu . Inilah yang cuba Pakatan ketengahkan kepada rakyat. Kedua-dua pihak juga sangat paham akan kesan perang pisikologi akan tetapi bersandarkan kepada persepsi semata tidak akan memenangi pilihanraya.
Tiada yang suka kalah dan semua mahu menang. Jadi, apa yang cuba dibuat adalah persaingan siapa yang akan berada di depan dan siapa yang lebih popular dan inilah yang cuba mereka tanamkan dalam mentality rakyat,” kata Timbalan Presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“BN berharap agar mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik akan memilih mereka hanya untuk penerusan dan ini akan menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang akan menang. Tetapi kita fikir bahawa orang biasa lebih bijak daripada yang dijangka oleh BN. Mereka sedar isu –isu yang timbul dan saya yakin mereka akan melaksanakan keadilan pada hari mengundi.”
Malaysia Chronicle
0 Komen pengunjong :