Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Saya dibebaskan kerana tidak bersalah,’ kata Anwar


KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “keadilan terbukti” apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan “menumbangkan” Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13. “Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.
Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.
“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.
“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.
 Beliau menambah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.
“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut laungan reformasi.
Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.
Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.

1 comment :

  1. Semoga perjuangan yang benar2 berada dijalan Allah...memperjuangkan keadilan akan mendapat Pertolongan dariNya...Insyaallah......

    ReplyDelete