Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Penggantungan Adam zalim, bermotif politik'


Sebuah NGO yang mesra PKR, Jingga 13 membidas tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibenarkan pembelaan peguam semasa dibicarakan.

Jingga 13 dalam satu kenyataan mediahari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad (kiri) berkata tindakan mengantung mahasiswa itu selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah.

“Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit.

“Jingga 13 menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan ini digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebabasan akademik.

“Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang,” petik kenyataan itu.

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Menurut Saifuddin Shafi, tindakan UPSI menggantung Adam Adli hanya membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa.

“Jingga 13 merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka,” katanya lagi.

Adam Adli pada sidang medianya semalam memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.
Penggantungan merendahkah maruah UPSI
Turut membidas tindakan UPSI itu adalah naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Katanya, tindakan menggantung pendidikan Adam Adli itu sesuatu yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa daripada menyuarakan pandangan mereka.

“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

“Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

“Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?” soalnya.

Menurut Nurul Izzah yang juga adalah ahli parlimen Lembah Pantai, secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman itu semalam sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri sedangkan institusi itu mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.
“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik,” akhiri kenyataannya itu.

1 comment :

  1. Siswa/Siswi bangun, bangun jangan terus tidur.... lawan tetap lawan..

    ReplyDelete