Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK gesa Saiful didakwa tuduhan qazaf


KUALA LUMPUR 10 Jan : Menyifatkan pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes Fitnah II adalah satu kemenangan rakyat, Angkatan Muda KEADILAN menggesa penuduh, Saiful Bukhari Azlan dihadapkan ke Mahkamah syariah atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam kes ini AMK terlibat dari awal melakukan pelbagai kempen termasuk membuat laporan qazaf dan mengedarkan risalah Fitnah II dan sebagainya,” Kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Justeru, saya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memulakan prosiding qazaf di mahkamah syariah kerana itu janji mereka yang mengatakan bahawa kes ini akan dibuka semula selepas semuanya selesai,” katanya kepada wartawan di hadapan Mahkamah Tinggi, semalam.
Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd saiful.
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya pemuda itu didakwa mengikut qazaf.
Ekoran itu Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.
Selain itu, Shamsul turut menyatakan syukur dan terharu kerana keputusan Mahkamah yang memihak kepada Anwar.
“Hari ini (9 Januari) merupakan satu kemenangan untuk rakyat yang telah sekian lama berjuang untuk memastikan agar berlaku reformasi menuntut reformasi dalam sistem kehakiman,” kata beliau.
Beliau berkata  rakyat perlu terus bangkit melawan segala kezaliman dan terus berjuang menuntut agar sistem kehakiman terus direformasikan demi kepentingan negara.
“Hari ini terbukti rakyat juga adalah hakim untuk negara, tapi ingat kita perlu terus bangkit untuk mereformasikan sistem kehakiman dari dikongkong oleh pemerintah Barisan Nasional,” tegas beliau.

0 Komen pengunjong :