Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS desak Suruhanjaya Diraja ditubuh siasat NFC


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan berpendapat sekadar membekukan aset syarikat berkenaan tidak memadai.

Mahfuz berkata hanya dengan adanya RCI, siasatan akan lebih terperinci apabila kerajaan menganugerahkan projek bernilai jutaan ringgit untuk menternak lembu kepada syarikat yang tidak berpengalaman itu pada tahun 2006.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lalu mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.

Sebelum ini, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang suami dan anaknya antara lembaga pengarah syarikat berkenaan mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu.

"Saya tidak melihat bagaimana dengan bercuti, Shahrizat mampu menyelesaikan kemelut ini," kata Mahfuz.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau turut tidak pasti bagaimana tindakan membekukan aset NFC oleh kerajaan dapat menjamin pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan dapat diselamatkan.

Justeru, Mahfuz mencadangkan supaya aset individu semua lembaga pengarah syarikat berkenaan juga dibekukan.

0 Komen pengunjong :