Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan sedia hadapi segala kemungkinan- Anwar


PETALING JAYA 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat bersedia  menghadapi segala kemungkinan, menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah terhadapnya pada 9 Januari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini, petang tadi.
“Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau (Presiden KEADILAN) Azizah sahaja tetapi juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang.
“Kami telah bincangkan segala kemungkinan.
“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan,” kata Anwar.
Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kecemasan dan sedar mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada 9 Januari.
“Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat,” tegas Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan keputusan kes Anwar pada Isnin depan, selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua tahun.

0 Komen pengunjong :