Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Demokrasi Hanya Dapat Ditegakkan Dengan Moral Yang Bersih


ALOR SETAR, 15 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menegakkan keadilan kepada semua rakyat menerusi sistem demokrasi yang lebih baik berbanding amalan kerajaan sekarang.
Anwar berkata amalan demokrasi hanya dapat ditengakkan sekirannya pengamalnya tidak berlaku curang terhadap kebajikan dan keadilan untuk rakyatnya.
"Usah kita berbicara tentang demokrasi sekirannya amalan politik dan moral tidak seiring, sekirannya kita tidak mengamalkan politik yang disertakan dengan moral yang bersih, dedikasi serta intergriti, tidak ubah seperti politik negara hari ini dibawah kepimpinan Umno-BN."
Anwar berkata demikian dalam satu program Rapat Rakyat Perdana sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di sini malam tadi.
Anwar memberi peringatan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menginsafi kerakusan dan keangkuhan mereka dalam mentadbir negara. Ini kerana rakyat adalah hakim yang sering memerhati gerak kerja pemerintah sebelum mereka mengadilinya pada pilihanraya.
"Negara arab yang satu ketika dahulunya kuat, hari ini telahpun digulingkan dengan kuasa rakyat, di Malaysia, kita tidak perlu kekerasan, pertumpahan darah untuk bangkit tukar kerajaan.
"Ingatlah, apabila rakyat ditekan, ditindas, apabila mereka melakukan perubahan, anjakkan itu tidak mampu dinafikan lagi kerana ia menerusi sistem demokrasi iaitu menggulingkan kerajaan dalam pilihanraya akan datang,"tegas Anwar.
Sekurang-kurangnya 35,000 hadir membanjiri padang Stadium Sultan Abdul Halim untuk sama-sama bertemu dan mendengar amanat dari pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Antara pemimpin lain yang hadir untuk memberi ceramah adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Di dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, tidak ada yang lebih memberikan keamanan dan kesejahteraan melainkan kembali kepada ajaran Islam.
"Percanggahan Pas dengan Umno, Umno dasar tiada Islam. Pas dasarnya Islam.
"Kita juga sudah masak dengan permainan politik Umno, dekat dengan pilihanraya, mereka akan cuba mendampingi kita dan merenggangkan kita dengan rakan-rakan Pakatan,"
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menegaskan bahawa DAP akan memberikan sepenuh komitmen kepada Pas dan PKR dalam PRU akan datang untuk membawa perubahan di Putrajaya.
Katanya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 9 negeri untuk berkuasa di Putrajaya.
Tidak dinafikan ada beberapa isu yang harus diselesaikan antara parti komponen PR dengan segera sebelum pilihanraya umum.
Beliau menegaskan, walaupun Anwar layak untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang pihak pendakwaraya masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan di dalam kes liwatnya.
Pada Jan 9, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
"Kami tidak takut, barisan pembelaan bersedia untuk berhadapan jika Peguam Negara mengemukakan rayuan," katanya.

0 Komen pengunjong :