Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keterangan Anwar dari kandang tertuduh 'diserang'


Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar, hari ini menggunakan keputusan ketua pembangkang itu untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya.

Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian.

Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya.

Yusof berkata hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".

Katanya, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin  Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes ini kemudiannya memutuskan perbicaraan akan bersambung Khamis ini.

Tindakan itu bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan pula untuk menggulung hujah mereka.

Katanya, perbicaraan pada 15 Disember nanti akan bermula jam 9.30 pagi, sebelum keputusan kes berkenaan dibuat.

0 Komen pengunjong :