Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isunya Mansuh AUKU, Bukan Turunkan Bendera - Nik Nazmi


PETALING JAYA 20 DIS: Kerajaan Umno/BN tidak perlu melarikan isu berhubung pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kepada isu lain yang tidak menjurus kepada usaha memansuhkan akta tersebut.Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha untuk menjadikan isu menurunkan bendera Perdana Menteri ketika ratusan golongan Mahasiswa mengadakan demontrasi ketika menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Umno minggu lalu tidak harus dijadikan isu.
Ini memandangkan isu sebenar adalah kemarahan golongan mahasiswa yang mahukan akta yang membelenggu kebebasan mereka serta kebebasan para akedemik semakin kronik.
Beliau yang mewakili PKR dalam persidangan meja bulat untuk meminda AUKU bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 11, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Perdana Menteri bercadang hanya untuk meminda akta tersebut dan bukannya memansuhkannya sebagai diharapkan mahasiswa.
"Pendirian menyokong pemansuhan AUKU ini juga pendirian majoriti peserta Sidang Meja Bulat yang dihadiri ahli akademik, NGO serta mahasiswa.
Mahasiswa telah pun memberi alternatif kepada AUKU iaitu ‘Magna Carta' pada tahun 2008. Kita juga boleh menimbang perundangan negara sedia ada sebelum pengenalan AUKU pada 1970an ataupun perundangan luar yang relevan." kata beliau dalam kenyataan medianya.
Beliau yang juga Adun, Seri Setia berkata PKR telah menyerahkan kesemua dokumen ini termasuk Magna Carta serta pendirian Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga mengenai pendidikan tinggi kepada Saifuddin dalam Sidang Meja Bulat tersebut.
Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik baru-baru ini, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.
Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

0 Komen pengunjong :