Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dakwat kekal: Perkasa jadi tidak waras


PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) disifatkan sudah hilang kewarasan kerana mempersoalkan kesahihan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke 13 (PRU-13).
“Perkasa seolah-olah hilang akal apabila timbul cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam, NGO pro-Umno itu memberi amaran, tindakan SPR mahu menggunakan dakwat kekal dalam PRU-13 akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga mendakwa pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Khalil Idham yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak menegaskan bahawa sebenarnya langkah itu seiring dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Pelbagai alasan yang langsung tidak kukuh dikemukakan oleh mereka kononnya bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, Umno-Barisan Nasional (BN) dalam hal ini seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh.
“Rakyat ternanti-nanti bilakah agaknya kerajaan mahu mengorak langkah untuk ke arah perubahan, walaupun cuma satu harapan iaitu pelaksanaan dakwat kekal,” katanya.
Beliau menambah, memandangkan negara-negara yang lebih “hebat” suasana sosiologinya seperti di beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara telah pun menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Batang hidung
“Namun apabila sampai kepada batang hidung kumpulan pro-Umno, penggunaannya terus dikatakan ketinggalan zaman, alasannya pula tidak dihuraikan lanjut secara hujah yang bernas,” terang beliau.
Menurut beliau, baru-baru ini blogger tegar Umno yang dikatakan “kebal” perundangan, iaitu Papagomo telah menerbitkan satu video mengenai tutorial menghilangkan palitan dakwat kekal dijari.
“Ini juga satu lagi usaha Umno bagi menimbulkan keraguan rakyat,” tegas Khalid Idham.
Ujar beliau, “saya katakan begitu kerana ia dirakam secara potong-potong dan edit semula sebagaimana yang dikatakan lima minit itu.
Mungkin juga dakwat itu telah dicampur dengan bahan lain yang boleh menghilangkan keasliannya,
“Jika tulisan dalam blognya boleh dicampur dengan unsur fitnah, inikan pula dakwat miliknya, sudah pasti amat mudah dicampur dengan unsur lain,” katanya.
Kelmarin SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

0 Komen pengunjong :