Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Auku perlu dimansuhkan segera- Adam Adli

KUALA LUMPUR 23 Dis: Pemimpin mahasiswa, Adam Adli menuntut supaya isu menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, tidak dimanipulasi untuk menakut-nakutkan gerakan mahasiswa.
Menurutnya, mahasiswa masih konsisten dengan perjuangan mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej (Auku) dan tidak akan tergugat dengan perkembangan terbaru kontroversi berkenaan.
“Mahasiswa masih komited untuk tuntut kebebasan akademik, seperti (penghapusan) Auku, bukan sahaja Perkara 15 tetapi seluruh Auku perlu dimansuhkan dengan kadar segera.
“Kita tak boleh tunggu lagi, sudah empat kali dipinda tapi ia masih lagi berterusan,” kata Adam ketika membuat laporan berhubung ugutan dipukul oleh seorang anggota polis, di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini
Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu turut membidas kenyataan pemimpin Umno, Reezal Merican Naina Merican kerana memfitnahnya dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.
“Beberapa hari lalu, Reezal Merican dalam Utusan mendakwa saya telah menurunkan bendera dan saya memijak bendera tersebut.
“Dalam portal Utusan Online pula ditulis saya koyak bendera (Najib).
“Ini dua fitnah yang dibuat Utusan dan orang-orang di belakang Utusan.
“Kami bukan ahli politik, jika benar anda memusuhi kami maka benarlah kami berada di jalan yang benar,” kata Adam Adli.
Sementara itu, Adam yang menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin UPSI berkata, beliau akan hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut pada 19 Januari depan.
“Surat itu saya dah terima dari wakil universiti sebentar tadi dan lepas semua ini selesai, saya akan pulang ke Upsi dan hadir ke sesi pendengaran itu,” kata Adam.

0 Komen pengunjong :