Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Fitnah: Umno peralat polis untuk penjarakan Anwar- Surendran


KUALA LUMPUR : Pimpinan Umno-BN memperalatkan polis dalam cubaan untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, ia berikutan siasatan terhadap ketua pembangkang itu dalam  kes video fitnah yang dihadapinya, ketika pilihan raya umum kian hampir.
“Satu siasatan jenayah baru telah dilakukan terhadapnya berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh satu DSP Shanmugamoorthy yang telah menyiasat aduan Anwar berhubung ugutan, peras ugut dan fitnah jenayah oleh trio ‘Datuk T’.
“Maka, daripada menjadi seorang pengadu, pihak berkuasa telah menjadikan Anwar sebagai orang tertuduh,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, seluruh siasatan dirancang oleh pegawai tertinggi polis, dengan pengetahuan dan pembabitan peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Tiada keraguan satu konspirasi besar sedang berlaku untuk mendakwa dan memenjarakan Anwar Ibrahim,” kata Surendran.
Justeru itu katanya, Umno-BN perlu menghentikan salahgunakuasa dengan menggunakan institusi tersebut bagi mengekalkan kuasa politik mereka.
“Kita menyeru kerajaan BN menghentikan penyiasatan dan pendakwaan berunsur politik terhadap Anwar Ibrahim dan menyertai politik demokrasi melalui perbahasan dan wacana awam secara rasional,” katanya.
Pada 16 November lalu, polis merakam kenyataan Anwar berhubung dakwaan kononnya memberi ‘laporan palsu’  dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.
Ia berhubung laporan polis yang dibuat Anwar terhadap  trio “Datuk T” yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu tertentu di sebuah hotel di ibu negara, Mac lalu.
Tiga individu itu ialah – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman  itu  adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh pelaku terbabit, dan menganggap ia konspirasi terbaru Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

0 Komen pengunjong :