Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes saman : Tak mustahil bapa Altantuya bawa ke ICC

KUALA LUMPUR 4 Nov: Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian,  sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.
“Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.
“Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan,” katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.
Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.
“Sehingga kini.. tidak ada satu kenyataan maaf yang dibuat oleh kerajaan malaysia, kerana yang terlibat secara faktanya adalah pegawai penjawat awam yang beruniform,”
“(Jelas) kes ini dapat layanan yang berbeza, bersifat diskriminasi malah dari segi aspek pengendalian kes, kita lihat ia tidak dapat layanan yang sewajarnya,” kata Yusmadi.
Pada Jun 2007, bapa Altantuya, Setev Shaariibu memfailkan saman ke atas Kerajaan Malaysia dan tiga tertuduh yang didakwa dalam kes pembunuhan itu, bagi mendapatkan ganti rugi RM100 juta.
Writ saman berkenaan difailkan melalui firma Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Sivil.
Empat anggota keluarga terdekat mangsa, termasuk dua anak kecilnya, dinamakan sebagai plaintif.
Mereka menamakan Cif Insp Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

0 Komen pengunjong :