KUALA LUMPUR : Majlis Peguam menyeru pihak berkuasa untuk menerima prinsip-prinsip asas keputusan Mahkamah Rayuan, dan hendaklah memansuhkan seksyen 15 (1), 15 (5) (b) dan 15 (5) (c) Akta Universiti dan Kolej Universiti( AUKU), kata Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong dalam kenyataan medianya.
Menurutnya, beliau mengalu-alukan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Keputusan itu adalah satu kejayaan kepada kebebasan bercakap dan berekspresi, yang termaktub di dalam Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan ," katanya.
Christopher menambah, Seksyen 15 (5) (a) daripada AUKU telah lama menghalang pelajar universiti awam di semua peringkat umur daripada terlibat secara aktif dalam dalam proses demokrasi.
Ia telah menghalang rakyat Malaysia daripada menyatakan pandangan mereka atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai sokongan menyatakan, atau simpati dengan atau bangkangan terhadap parti-parti politik.
"Majlis Peguam Malaysia memuji Hakim Datuk Mohd Hishamudin Haji Mohd Yunus dan Hakim Datuk Linton Albert di atas pendirian yang berani dan progresif mereka dalam memberi makna kepada Perkara 10 (1) (a) dan mengambil langkah ke hadapan dalam mengembalikan kebebasan yang hilang," katanya.
Menurut Christopher, Majlis Peguam Malaysia juga menghargai akan keberanian serta keazaman empat anak muda iaitu Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang memperjuangkan hak-hak kebebasan bercakap dan berekspresi seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sesiapa yang berada sekitar Kemaman dan berminat untuk menyewa kanopi, kerusi meja dan peralatan berkaitan untuk majlis kahwin atau majlis makan, sila klik gambar diatas untuk keterangan lanjut :-
0 Komen pengunjong :