Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AUKU: 'Hari indah untuk demokrasi'

NONEHakim Mahkamah Rayuan terus dipuji sebagai "masa depan perlembagaan kita" ekoran tindakannya memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah di sisi perlembagaan.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, komen hakim Hishammudin Yunus, termasuk yang dilampirkan bersama keputusan, menyediakan "hari hebat untuk demokrasi dan faham perlembagaan.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimanapun memberi amaran bahawa kegembiraan itu mungkin tidak lama.

"Fakta yang masih kekal, keputusan yang baik ini mungkin akan diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini," jelasnya.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

0 Komen pengunjong :