Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno guna Himpun hidupkan dialog kerjasama, kata PAS


KUALA LUMPUR, 24 Okt — PAS mendakwa Umno menggunakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan Sabtu lalu, sebagai satu lagi platform untuk menghidupkan semula perbincangan tentang kerjasama kedua-dua parti itu, dengan menggunakan dakwaan kononnya wujud ancaman daripada masyarakat Kristian. Umno, sejak pilihan raya umum 2008, berulang kali berkata bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dan perpaduan dengan PAS.
Tetapi pemimpin-pemimpin PAS telah menolak tawaran Umno itu, sebaliknya mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad memberitahu The Malaysian Insider bahawa penganjur Himpun telah menggambarkan Islam berhadapan dengan ancaman agar ahli-ahli PAS akan menghadiri dan menyokong kempen itu bersama Umno.
“Meskipun Umno telah mengatakan bahawa mereka tiada apa-apa kaitan dengan perhimpunan, saya fikir adalah ketara apabila anda bergabung dengan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa yang mendakwa program itu telah menyatukan PAS dan Umno.
“Ia satu lagi usaha untuk mendesak supaya diadakan perbincangan perpaduan antara kedua-dua PAS-Umno... anda bermain dengan kad agama dengan PAS, anda cuba untuk melaga-lagakan kami dengan bukan Muslim, untuk menunjukkan bahawa kami ini kononnya ekstremis... mereka (Umno) cuba sekali lagi,” kata Khalid.
PAS memutuskan untuk tidak menghadiri Himpun atas alasan ia bukan aktiviti parti politik, tetapi tidak menghalang ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut atas kapasiti orang perseorangan.
Khalid berkata beliau percaya pihak-pihak yang ada hubungan dengan Umno cuba menggambarkan sudah ada gunung sedangkan yang wujud hanya “busut.”
“Hanya disebabkan seorang pemimpin PAS hadir majlis itu ia tidak bermakna PAS dan Umno kini sudah bergandingan.
“Mengapa mahu mencetuskan ketegangan agama? Tiada bukti yang kukuh wujudnya ancaman Kristian. Lebih baik kami menggunakan masa dan usaha kami untuk memperbaiki perkara-perkara lain di negara ini — rasuah, (soal) urus tadbir baik,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Semalam, Perkasa berkata meskipun Himpun gagal mengumpulkan 100,000 hadirin yang disasarkan tetapi ia berjaya menyatupadukan kaum Muslim segenap lapisan masyarakat.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, baginya kempen semalam adalah sesuatu berjaya kerana membawa bersama pemimpin Umno dan PAS.
“Bagi saya ia satu kejayaan. Salah satu bahagian yang berjaya ialah ada pemimpin PAS dan Umno di pentas yang sama dan individu lain yang tidak menganggotai mana-mana parti.
“Saya percaya ahli-ahli Umno atau PAS dan Melayu dalam Keadilan, mereka semua sokong (Himpun) tetapi kemungkinan mereka kena ikut arahan daripada pemimpin mereka, yang saya tak faham mengapa mereka tidak dibenarkan,” kata Syed Hassan.

0 Komen pengunjong :