Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?

NONEPAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.

"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,
sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh  daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

 "Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.

0 Komen pengunjong :