Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Guan Eng: Muhyiddin terbukti gagal ‘ujian moral dan etika’ jadi PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin “pengecut” dan “gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri” kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.
“Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik,” kata Lim dalam satu kenyataan.
“Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma,” kata beliau.
Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.
Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.

0 Komen pengunjong :