Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

GMI Minta Tahanan ISA Dan EO Dilepaskan

KUALA LUMPUR 05 OKT : Gerakan Mansuh ISA (GMI) mahu Perdana Menteri membebaskan atau mendakwa kesemua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dengan segera sebagai bukti yang dia serius dengan hasratnya untuk memansuhkan kedua-dua undang-undang tersebut. 

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh juga meminta kerajaan membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen ini dan bukan pada tahun depan seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berpendapat bahawa kelewatan yang diumukan oleh kerajaan untuk memansuhan ISA melemahkan proses pembaharuan yang dijanjikan,

"Bukankah pengumuman dan janji pertama Perdana Menteri tentang ISA ini dilakukan pada 3 April 2009, lebih dua tahun lalu?" Syed Ibrahim berkata dalam satu sidang media di lobi Parlimen sebelum menyerahkan sebuah memorandum kepada wakil kerajaan di Parlimen hari ini.

Memorandum itu menyenaraikan sembilan tuntutan. Antara tuntutan yang lain adalah supaya kerajaan tidak mengantikan ISA dan EO dengan akta baru yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan meminta pampasan bagi mangsa. 

15 September lalu, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.

Usul tersebut akan dibentangkan di Parlimen Mac depan selepas dua undang-undang baru yang bakal menggantikannya siap digubal.

GMI yang dianggotai lebih daripada 80 buah organisasi ini juga berpendapat bahawa kedua-dua undang-undang baru tersebut mesti mengambil kira adab undang-undang keselamatan dalam kewujudan dan perlindungan kebebasan asasi.

"Kami menyeru kerajaan untuk menghentikan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara sebaliknya
untuk menangani isu-isu keganasan dengan mengunakan undang-undang dalam Penal Code."

0 Komen pengunjong :