Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'


Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak  memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.

Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia  dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.

0 Komen pengunjong :