Cincin Rosmah: Pengesahan Kastam timbulkan lebih tanda tanya

Cincin Rosmah: Pengesahan Kastam timbulkan lebih tanda tanya

Dalam jawapan bertulis yang ditulis dengan teliti kepada MP DAP Segambut Lim Lip Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berdolak-dalih tentang cincin berlian bernilai RM24 juta yang didakwa diimport oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor atau oleh kroninya, dengan harapan untuk berada pada posisi yang baik di sisinya dengan menghadiahkannya permata yang sangat mewah.

Ketepikan usaha penafian dan laporan media terancang oleh media-media kerajaan, kenyataanya ialah yang pertamanya, cincin itu adalah benar dan bukanlah rekaan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shahrin, seperti yang cuba dikatakan oleh Najib ketika temubual bersama media akhbar Indonesia Kompas.

Keduanya, Nazri berkata cincin itu hanya berada di dalam negara selama beberapa hari sahaja, dan ini mebawa kepercayaan bahawa cincin itu dibawa ke dalam negara untuk jualan atau tayangan peribadi oleh Rosmah dan puaknya dalam versi parti mewah mereka.

Di dalam jawapan bertulis itu, Nazri berkata:

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara itu kepada JKDM dan JKDM telah mengesahkan tiada pembelian cincin tersebut. Selepas beberapa hari, cincin itu dipulangkan kepada syarikat pemiliknya."

Badrul telah membuat laporan mengenai cincin tu, meminta SPRM membuat penyelidikan mengenai penyalah gunaan kuasa dan kemungkinan rasuah, sementara Najib telah menafikan dirinya dan ahli keluarganya terlibat dengan cincin berlian itu yang dikatakan oleh banyak pihak, termasuklah Kompas, bernilai USD24 juta, dan bukanlah RM24 juta.

Beritahu hanya apa yang mereka mahu rakyat tahu

Tiada dalam surat itu penafian daripada Nazri yang wujudnya cetakan daripada pengkalan data Kastam yang menunjukkan cincin itu dibawa masuk oleh seorang yang bernama Jeremy Beh Sin Tee untuk diperiksa oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Kenapa pula Najib dan Rosmah menafikan kewujudan cincin tersebut?

Ketua-ketua pembangkang tidak menerima penjelasan Nazri, mendakwa dia hanya memberitahu sebahagian daripada kisah itu dan mahukan keseluruhan daipada kisah itu.

"Kenapa Kastam membenarkan cincin itu masuk ke dalam negara hanya untuk beberapa hari dan dengan cara begitu? Adakah semua peraturan dipatuhi? Adakah Rosmah menggunakan pengaruhnya supaya Kastam membenarkan cincin itu masuk tanpa memfailkan cukai walaupun hanya untuk beberapa hari? Bagaimana sekiranya ada orang yang membeli dan menghantarnya ke tempat lain selepas beberapa hari seperti mana yang dikatakan oleh Nazri?" kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Lihat, lebih banyak persoalan yang timbul daripada sebelum ini kerana pejabat PM masih cuba hendak menyembunyikan fakta. Sehinggalah mereka menyediakan maklumat yang lengkap dan relevan, agak sukar untuk kita tidak menekankan isu ini. Sekurang-kurangnya, kelihatannya seperti ada penyalah gunaan kuasa oleh pihak-pihak tinggi. Adalah bukan perkara lazim untuk membawa masuk sesuatu yang amat berharga hanya untuk beberapa hari. Untuk apa? Itulah persoalannya."

Peluang penafian untuk MSM tetapi lebih banyak tanda tanya daripada sebelum ini

Pada bulan lepas Badrul telah memberitahu bahawa pegawai SPRM telah menemu bual seorang pengurus operasi KLIA sehingga pukul 3 pagi mengenai cincin berlian itu. Katanya ia adalah untuk mengenal pasti siapa yang membocorkan maklumat mengenai cincin itu.

Terdapat juga spekulasi bahawa cincin itu adalah hadiah daripada seorang peniaga kaya China atau daripada Maira Nazarbayev, bakal ibu mertua kepada anak perempuan Najib, Nooryana. Akhbar dari Jakarta, Kompas, juga menyatakan bahawa Maira, yang sering ke Monte Carlo, tempat kunjungan orang-orang kaya dan terkenal, mempunyai hubungan dengan mafia Russia.

"Sebagai mana yang kamu dapat lihat, semua kenyataan oleh Nazri mengesahkan bahawa cincin itu wujud, dan sudah pasti, adalah untuk mebuat media mainstream untuk meletakkan kata judul 'Kastam mengesahkan cincin bukan keounyaan Rosmah', tetapi apa yang dikatakan oleh Nazri ialah Kastam mengesahkan yang cincin itu masuk ke dalam negara, tidak diimport oleh Rosmah dan dibawa keluar selepas beberapa hari," kata Tian.

"Tapi siapa yang mengimport cincin itu, kita sudah tahu daripada lampiran daripada Badrul, jadi ia tidak menjelaskan apa-apa. Adakah ianya sebuah hadiah untuk Rosmah, adakah dia membawanya masuk untuk jualan peribadi? Dari apa yang dikatakan oleh Nazri, Kastam tidak menafikan penglibatan Rosmah dalam transkasi itu, yang kelihatannya lebih sangsi daripada sebelum ini. Lebih banyak tanda tanya daripada sebelum ini."

Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :