Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tragedi memali, jentikan budaya tuduh menuduh: Saifuddin

Tragedi memali, jentikan budaya tuduh menuduh: Saifuddin
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution mahu budaya politik tuduh-menuduh antara satu sama lain berhubung apa jua kenyataan yang dikeluarkan berkaitan tragedi Memali pada 1985 dihentikan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai pemberontak dan penderhaka.
"Kita tidak mahu mencari siapa salah. Itu sikap yang wajar kita ambil sekarang ini. Bagi saya peristiwa Memali kekal sebagai episod hitam dalam sejarah politik di negara ini," katanya pada sidang media selepas Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.
Menurut Saifuddin, beliau tidak mahu terlibat dalam polemik tuduh-menuduh kerana fakta itu memerlukan pengesahan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berharap agar insiden berdarah yang membabitkan kehilangan nyawa itu tidak berulang kembali.
"Kita tidak mahu episod ini berulang lagi. Ia dilihat mampu memberikan kesan buruk kepada kehidupan dan keharmonian masyarakat," ujarnya.
Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.
Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

2 comments :

  1. sila dapatkan cd sidang parlimen terakhir datuk fadzil noor sebelum meninggal...di dalam cd tu diterangkan secara terperinci tentang kejadian memali...kesemua soalan yg disuarakan oleh MP Bn dijawab dgn mudah oleh fadzil noor...sehinggakan soalan bodoh dijawab dgn jawapan yg lawak tapi tepat...seperti mana soalan MP Larut...merah padam muka dia...

    ReplyDelete