Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM terbit buku fitnah dihadapi Anwar


KUALA LUMPUR: Selepas mengeluarkan buku mengenai misteri pembunuhan Altantuya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerbitkan buku kedua bertajuk Fitnah yang menerangkan secara mudah mengenai kes Fitnah 1, Fitnah 2 dan isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, buku tersebut telah siap dicetak dan berada di pasaran mulai semalam.
Menurutnya, ia bertujuan mengingatkan semula rakyat terhadap kes perbicaraan yang telah menjadi titik kerosakan negara apabila semua elemen dan institusi digunakan untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.
“Penerbitan buku ini bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia,” kata Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard.
Selain sesuai untuk bacaan semua peringkat, buku itu juga bagi mengingatkan rakyat  mengenai peristiwa penyatu kepada reformasi 1998.
Menurut Chegu Bard, dengan penerbitan buku itu, rakyat Malaysia diharap akan mendapat kesedaran dari apa yang dibaca dan terus bersama dalam memperjuangkan keadilan dalam negara ini.
“Kes ini harus dipandang bukan sekadar serangan peribadi ke aras Anwar tetapi kecurangan sistem dan kehancuran keadilan dalam negara, ia perlawanan menegak negara hukum.
“Kita anak muda memilih untuk bersama Anwar Ibrahim untuk mengambil kesempatan ke atas beliau mempergunakan kesnya bagi menyatukan semua tenaga bagi melawan rejim warisan penjajah demi masa depan tanahair,” katanya.

0 Komen pengunjong :