Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendedahan Wikileaks bukti kes Fitnah II hanya konspirasi politik


KUALA LUMPUR: Pendedahan Wikileaks mengenai kerajaan Umno akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman dan dipenjara, membuktikan wujud konspirasi jahat terhadap Ketua Pembangkang itu.
“Dari awal lagi, kita lihat kes perbicaraan pincang. Ia hanya perbicaraan politik demi memastikan Anwar yang dianggap sebagai musuh dipenjara,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, kronologi perbicaraan itu jelas menunjukkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dalang dengan memperkakaskan beberapa pegawai polis tertinggi yang baru-baru ini enggan ditemu bual peguam Anwar.
“Kalau betul Najib tidak terlibat, kenapa enggan ditemu bual peguam? Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula tidak mampu bertentang mata.
“Ini bukti wujudnya konspirasi,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini yang menganggap perbuatan hempas pulas Umno itu memang sudah diduga berikutan ketokohan Anwar menjadi ancaman kepada parti pemerintah sedia ada.
Mengikut kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan Wikileaks, Anwar tetap akan didapati ‘bersalah’ kerana meliwat – hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.
Kabel itu juga melaporkan, Najib dan pemimpin utama Umno akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar ‘boleh diterima’.
Mengikut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasi sebagai sulit oleh Mark D Clark – kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat mereka ialah memenjarakan Anwar dan menyingkirkannya dari politik.

0 Komen pengunjong :