Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS: Laporan MB Kedah digugur usaha lagakan kepimpinan parti


KUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS menyifatkan laporan media kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan digugur dalam waktu terdekat salah satu usaha melaga-lagakan kepimpinan parti Islam oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat wujud perpaduan yang kukuh.
Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menjelang pilihan raya umum ke-13,  banyak isu sengaja ditimbulkan oleh musuh, bahkan akan ada pula perisytiharan kononnya keluar parti beramai-ramai.
“Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi parti agar kita tidak terperangkap dengan mainan musuh,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Tuan Ibrahim mengulangi pendirian bahawa PAS tiada hasrat untuk menukar Azizan.
“Dan, dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star dalam satu berita bertajuk “Azizan resists PAS leadership’s moves to replace him”.
“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, sama ada dalam mesyuarat jawatankuasa harian atau mesyuarat biro politik parti,” katanya.
Tambah beliau, jika ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting  parti.
Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul menafikan beliau ada mendesak atau meminta Azizan agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Justeru, Hadi menegaskan Azizan akan kekal dalam jawatannya yang disandang sejak Mac 2008.
Laporan akhbar mendakwa kepimpinan PAS sedang mengambil langkah untuk menggantikan Azizan yang kini kurang sihat selepas diserang sakit jantung bulan lalu.
Menurut laporan itu, Hadi akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri.
Beliau juga disebut akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negeri di Alor Setar mengenai isu itu hujung minggu ini.
The Malaysian Insider difahamkan Hadi akan mengadakan kunjungan ke Kedah akhir minggu ini.
Azizan dipetik berkata beliau tiada rancangan untuk bercuti panjang ekoran masalah kesihatan semasa.
Bagaimanapun Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah tidak menafikan ada usaha untuk memintanya bercuti panjang dan jawatan dipangku oleh pihak lain.

0 Komen pengunjong :