Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Majlis Profesor Negara juling sejarah- pensyarah


KUALA LUMPUR: Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya (UM) sebagai ‘juling sejarah’.
“Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai profesor sejarah di UM.
Menurutnya, sejarah sekiranya tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.
”Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi.
Forum berkenaan yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum tersebut, lapor Harakahdaily.
Baru-baru ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.
Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.
Dr Mohamad berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peristiwa yang berlaku dan menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut.
Menurutnya lagi, sejarah hanya sahih sehingga penemuan baru muncul. Sambil menyifatkan sejarah boleh berubah, beliau juga menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.
Justeru itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, apabila sejarah sebelum ini hanya dilihat melalui ‘satu teropong’ sahaja.
”Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :