Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sivarasa nafi kabel diplomat Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang menyebut mengenai pendedahan kabel diplomat Amerika Syarikat.
Laporan itu memetik beliau dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mengakui Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ada mendampingi Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman yang dilaksanakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang dikatakan merupakan ‘strategi politik’ untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.
Laporan itu memetik kononnya Chua dan Sivarasa mengesahkan perkara itu ketika pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada November 2008.
“Adalah benar saya dan Tian Chua dan pimpinan lain bertemu dengan diplomat dari semasa ke semasa daripada pelbagai misi diplomatik di Kuala Lumpur. Ini adalah sebahagian tugas yang biasa sebagai pemimpin parti bertemu diplomat yang mahu melihat pandangan kami tentang perkembangan politik di Malaysia,” kata Sivarasa.
Bagaimanapun katanya, maklumat yang didedahkan ternyata  pandangan penulis kabel berkenaan yang tidak mencerminkan fakta yang benar.
“Adalah tidak benar Khairy Jamaluddin menjadi perantara antara Anwar dan Abdullah seperti yang didakwa kabel berkenaan. Terlalu banyak bacaan dan perbicangan tidak rasmi dwi-partisan terhadap pelbagai cadangan bil dari semasa ke semasa di Dewan Rakyat,” jelas Sivarasa dalam satu kenyataan media.
Menurut Sivarasa, huraian dalam kabel  bahawa KEADILAN mempunyai satu pelan untuk melemahkan pentadbiran Najib dengan skandal seperti Altantuya dan Eurocopter”  juga merupakan satu perspektif penulis kabel berkenaan.
“Sejauh yang diketahui PKR, apabila fakta yang relevan dibawa kepada pemerhatian kami, kami membangkitkan isu pembunuhan Altantuya dan pembelian Helikopter Eurokopter kerana peristiwa ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah dan menyembunyikan jenayah serius seperti pembunuhan.
“Tiada apa-apa yang dipanggil rancangan yang dianggap berpunca dari kami,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut menafikan laporan The Malaysian Insider, bahawa beliau pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik berkenaan.

0 Komen pengunjong :