Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahfuz, Salahuddin saman ketua polis, kerajaan


KUALA LUMPUR : Dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka  pada 9 Julai lalu.
Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi tadi.
Tuntutan adalah berkenaan ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, lapor Harakahdaily.
“Tindakan saman merupakan peringatan dan pengajaran kepada pihak kerajaan agar tidak melakukan sesuatu sesuka hati di luar undang-undang,” kata Mahfuz pada sidang media.
“Kami anggap tangkapan ini telah memberi gambaran buruk kepada kami seolah-olah kami melakukan kesalahan,”
“Jumlah tuntutan gantirugi kita akan bincang dengan peguam, namun saya kira tidak kurang dari RM1 juta,” katanya.
Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut sependapat bahawa tindakan saman itu sebagai teguran kepada kerajaan dan pihak polis.
“Ini bukan untuk diri kami tetapi sebagai teguran agar kerajaan bertindak secara adil,” katanya.
Mereka mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan Bersih 2.0 tidak sah dan kawasan penahanan adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh polis.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.
Menurut Salahuddin, mereka juga tidak diberi kebenaran menghubungi dan bertemu peguam dan keluarga mereka dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.
Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

0 Komen pengunjong :