Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Genap 51 tahun ISA: Kerajaan tidak serius kaji semula akta zalim


KUALA LUMPUR: Hari ini genap 51 tahun kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang digubal kerajaan pada tanggal 1 Ogos 1960.
ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan di Malaysia yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari berturut-turut dengan alasan mengancam keselamatan negara.
Selepas itu, seseorang tahanan boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan  terus tanpa perbicaraan.
Sejak ia diwujudkan pada 1960, akta drakonian ini telah memenjarakan ribuan ahli politik, aktivis pekerja, pemimpin pelajar, agamawan, ahli akademik, aktivis NGO dan sebagainya.
Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata,  kerajaan tidak serius untuk mengkaji undang-undang yang jelas mencabuli hak asasi manusia, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menyebutnya dua tahun lalu.
“Sudah 51 tahun akta ini diwujudkan, namun tidak banyak perubahan malah ia diperketatkan sehingga sampai ke tahap tidak boleh membuat semakan di Mahkamah,”
“Pada 2009 lalu, kerajaan pernah mengumumkan untuk mengkaji semula akta yang zalim ini tapi sekarang sudah lebih setahun dan tiada apa-apa yang  perkembangan berlaku,” kata Syed Ibrahim yang menambah ISA sama zalim seperti Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.
Menyokong kenyataan itu, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), E Nalini turut menuntut janji kerajaan supaya mengkaji semula akta itu. Menurutnya,
sambutan kemerdekaan ke-54 pada tahun ini tidak bermakna sekiranya rakyat masih lagi dibayangi akta zalim itu sejak 51 tahun lalu.
Tambah Nalini, tahun ini saja lebih 30 orang telah ditahan di bawah ISA dan akan menjadi lebih serius jika dibiarkan.
“Akta ini langsung tidak membantu rakyat ia bukannya mengancam keselamatan negara tetapi keselamatan politik Kerajaan UMNO-BN,” katanya ketika dihubungi
Keadilandaily.
Dua tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju kerajaan akan mengkaji untuk meminda ISA bagi memastikan satu perubahan yang
besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.
Najib berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA juga dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

0 Komen pengunjong :