Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Empat termasuk Najib dan isterinya enggan ditemu bual peguam Anwar


KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.
Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
“Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.
Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.
Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.
“Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina,” kata peguam Anwar Sankara Nair.
Mahkamah menetapkan 8 Ogos untuk membuat keputusan berhubung permohonan Anwar mahu menemu bual 15 saksi termasuk Najib.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh dan Mohamed Yusof selesai mengemukakan hujahan masing-masing.
Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan di akhir kes mereka, kepada mahkamah, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan pada Isnin.
Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.
Pada akhir kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, di mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 saksi.
Daripada 25 saksi itu, hanya lima saksi telah ditemu bual setakat ini iaitu bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid yang pernah bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, pegawai khas kepada Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

0 Komen pengunjong :