Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wiliam Bourdon dihantar pulang tanpa sebab ke Perancis

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon, dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai imigresen tengahari tadi.
Beliau sepatutnya hadir  untuk berucap dalam majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia di Petaling Jaya malam ini, bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen RM540 juta.
Bourdon semalam berada di Bayan Baru, Pulau Pinang  bagi membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum, sebelum berlepas ke KLIA pagi tadi.
Namun beliau bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja  mendarat di KLIA.
Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.
Beliau dijangka dihantar semula ke Paris pada pukul 11.30 malam ini dengan membeli tiket menggunakan wang sendiri.
Dalam satu kenyataan bertulis, Bourdon berkata beliau tidak faham situasi itu kerana tiada penjelasan diberikan pihak berkuasa Malaysia.
“Saya di sini mengisytiharkan yang saya bertindak sebagai peguam kepada NGO Suaram dalam menjalankan tugas saya dan saya menjalankan tugas dan mematuhi peraturan Malaysia dan antarabangsa.
“Saya menganggap penghantaran pulang ini sebagai pencabulan kepada hak saya untuk menjalankan tugas saya sebagai seorang peguam secara bebas,” ujarnya.
Bourdon berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Beliau merupakan peguam yang dilantik Suaram bagi mengendalikan kes dakwaan rasuah membabitkan pembelian Scorpene yang kini difailkan di mahkamah terbuka Perancis.
Beliau dijangka mendedahkan pembelian kapal selam negara dengan firma pertahanan Perancis DCNS dalam tiga majlis anjuran Suaram di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.
Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dicemari dengan kontroversi komisyen RM540 juta dan turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu.

0 Komen pengunjong :