KUALA LUMPUR, 11 Julai — Kedatangan peguam terkenal Perancis William Bourdon ke Malaysia pada minggu depan dijangka akan membongkarkan lebih banyak maklumat terkini mengenai pembelian dua kapal selam oleh Kementerian Pertahanan pada 2002.
Menurut Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel, Bourdon yang mengurusan isu skandal kapal selam, yang difailkan pihaknya di Mahkamah Perancis, akan berada di Kuala Lumpur mulai 20 hingga 24 Julai.
Kata beliau, tiga program yang dianjurkan itu akan menjadi platform pendedahan lebih banyak maklumat mengenai skandal berprofil tinggi itu.
“Program ini penting kerana lebih banyak maklumat akan terbongkar dalam skandal ini dan penglibatan individu yang berprofil tinggi juga dijangka akan didedahkan.
“Ini adalah pendedahan penyelewengan yang berlaku dalam pembelian dua kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dan maklumat terkini dan terperinci akan didedahkan William Bourdon nanti,” katanya pada sidang media di sini.
Katanya, kempen yang dinamakan “Ops Scorpene” itu akan diadakan pada 21 hingga 23 Julai di mana Bourdon akan menghadiri semua program untuk memberi perkembangan terbaru.
“Skandal ini amat penting kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan rakyat perlu tahu siapa di belakang skandal ini.
“Justeru Suaram mengambil langkah mengadakan majlis makan malam pada 21 Julai ini di Pulau Pinang, 22 Julai di Selangor dan 23 Julai di Ipoh, Perak dan sebarang maklumat mengenai program ini boleh didapati di laman web kami,” katanya.
Tambah beliau, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dua Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dijangka menghadiri program yang pertama kali diadakan.
Menurut Cynthia, program itu diadakan dengan tujuan selain mendapatkan maklumat mengenai skandal itu adalah untuk mendapatkan dana bagi membiayai kos guaman Bourdon.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai penjualan tiket ia boleh didapati di pejabat Suaram dan sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Suara Inisiatif Sdn Bhd di akaun 0300 0065 200, Hong Leong Bank.
Sebelum ini Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya bersedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit oleh Malaysia.
Pihak berkuasa Perancis sedang menjalankan siasatan berhubung komisen yang dibayar dalam perjanjian pembelian kapal selam itu yang dianggarkan bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS.
Bayaran seumpama itu adalah tidak sah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2009 Suaram, mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif dalam menjalankan urus niaga berdasarkan habuan dan menyalahgunakan aset koporat.

0 Komen pengunjong :