Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat mahu tukar kerajaan bukan tagih janji BN

KUALA LUMPUR : Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, mood rakyat terutamanya generasi belia sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong pemimpin BN.
Beliau menyatakan sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini pemimpin Umno yang menyatakan bahawa mereka sedia berubah menjadi sebuah parti yang menerajui pemerintahan negara menerusi politik baru yang lebih merakyat.
“Bagi saya kenyataan tersebut adalah kenyataan terdesak Umno di penghujung hayatnya kerana sebenarnya rakyat bukan menagih janji Umno BN berubah, kerana mereka sedang menunggu untuk menukar kerajaan dalan PRU akan datang kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kerdasarkan mood rakyat terutamanya generasi belia dan muda mudi khususnya yang mudah terdedah dengan maklumat yang secara terus dari media baru, mereka sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong dari pemimpin BN.
“Generasi ini menolak sebarang bentuk penipuan yang secara terang-terangan, generasi ini juga celik terhadap kezaliman yang berlaku khususnya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Beliau menambah, walaupun usaha ke arah manipulasi video oleh Umno BN yang cuba menayangkan kepada rakyat Malaysia bahawa yang ganas bukan polis tetapi  usaha mereka itu sia-sia.
Menurutnya, Umno BN mengambil masa hampir dua minggu untuk menyediakan bahan bukti palsu berbentuk video bertujuan membohongi rakyat untuk dipamerkan kepada rakyat bahawa polis tidak ganas.
Padahal, ujarnya rakyat telah melihat sendiri video keganasan polis (Umno BN) terhadap rakyat pada malam 9 Julai tersebut melalui internet, jika benar video itu palsu, mustahil kesemua video itu siap dalam masa setengah hari sahaja.
“Kerajaan Umno BN adalah ‘hantu’ yang suka berbohong perlu dilenyapkan dari lanskap politik negara menjelang PRU 13 nanti, perbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya kezaliman Umno BN lenyap dengan kadar segera insya Allah,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :